Motosikal / Skuter / Roda

Triumph Perkenal Scrambler 1200 Bond Edition

Pada Disember tahun lalu, Triumph mengumumkan kerjasama dengan syarikat penerbitan bagi filem James Bond iaitu EON Productions.

Bagi meraikan kerjasama tersebut, Triumph telah melancarkan Srambler 1200 Bond Edition yang diinspirasikan oleh motosikal yang digunakan oleh ejen perisikan itu di dalam filem James Bond yang ke-25, No Time to Die.

Terhad kepada 250 unit sahaja, Scrambler 1200 Bond Edition menampilkan skema warna Black Sapphire dengan logo yang besar serta jalur pinstripe emas pada bahagian tangki.

Selain itu, komponen-komponen lain termasuk mudguard, fork, lengan ayun dan pelindung sprocket turut didatangkan dalam kemasan hitam. Turut disertakan adalah sulaman Bond Edition pada tempat duduk kulit, serta logo 007 pada skrin TFT-LCD dan panel sisi.

Berasaskan varian XE, Scrambler 1200 Bond Edition dikuasakan oleh enjin 1,200 cc yang menghasilkan 89 hp pada 7,400 rpm dan 110 Nm pada 3,950 rpm. Bagi model edisi terhad ini, enjin tersebut dipadankan dengan ekzos keluaran jenama Arrow.

Setiap unit didatangkan dengan surat bernombor yang ditandatangani oleh CEO Triumph, Nick Bloor dan beg premium.

Previous post

Toyota Gazoo Racing Undur Diri Dari Nürburgring 24 Jam Tahun Ini

Next post

UMW Toyota Hasilkan Video Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *