Berita Auto

Honda Malaysia Panggil Semula 55,354 Unit Kenderaan

Honda Malaysia telah mengumumkan panggilan semula yang melibatkan 55,354 unit kenderaan Honda untuk menggantikan pam bahan api sebagai langkah pencegahan, sejajar dengan panggilan semula atas isu yang sama yang dilakukan oleh Honda di peringkat global.

Jadual berikut menunjukkan model dan bilangan unit yang terjejas. Menurut Honda Malaysia, model yang dikeluarkan pada 2020 tidak terlibat dengan kempen panggilan semula ini.

Honda Malaysia berkata bahawa panggilan semula ini adalah perlu sebagai langkah pencegahan bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kemerosotan kuasa atau enjin mati.

Semua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat yang mengandungi perincian mengenai panggilan semula produk. Pemilik yang terlibat digesa untuk segara menghubungi pengedar sah Honda untuk membuat janji temu selepas menerima surat pemberitahuan bagi menggantikan pam bahan api, tertakluk kepada stok alat ganti.

Penggantian pam bahan api adalah percuma dan semua kos berkaitan akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Stok alat ganti akan tersedia secara berperingkat.

Setakat ini, tiada laporan kemalangan atau kecederaan yang diakibatkan oleh masalah ini dilaporkan di Malaysia.

Memandangkan talian bebas tol Honda sedang diselenggara, pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai panggilan semula ini dengan menghubungi wakil pengedar Honda atau melayari laman web www.honda.com.my untuk memeriksa status kenderaan mereka.

Previous post

Pakej Servis Istimewa Untuk Pemilik Hyundai

Next post

Model Mercedes-AMG Masa Depan Akan Datang Dengan Teknologi Formula Satu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *