Bisnes

Mitsubishi Triton Catat Perkongsian Pasaran 28%

Walaupun pandemik COVID-19 telah memberikan kesan buruk terhadap ekonomi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa ia mendapat beberapa pencapaian positif dengan Triton.

Menurut syarikat itu, ia berjaya menjual sebanyak 483 unit Triton pada Mei 2020, mewakili peningkatan sebanyak 1% berbanding bulan yang sama tahun lalu. Ini berlaku walaupun terdapat penurunan sebanyak 45% dalam segmen trak pikap akibat pandemik tersebut.

Dari segi perkongsian pasaran, Triton mencapai 28% untuk tahun kewangan 2020 setakat ini (YTD), yang bermula dari April 2020 hingga Mac 2021.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, model itu mengekalkan perkongsian pasaran 22%, naik dari 17.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Kami gembira yang Triton hadir sebagai trak utiliti yang boleh dipercayai untuk membantu pelanggan kami melalui masa-masa yang sukar ini,” kata Tomoyuki Shinnishi, ketua pegawai eksekutif MMM.

Previous post

Pasukan Turki-Itali ini Mempunyai Perancangan Formula E Dan Supercar

Next post

Toyota RAV4 PHV Dilancarkan di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *