Sukan

Pemenang Toyota Gazoo Racing Musim Ketiga Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM360k

UMW Toyota Motor hari ini menyampaikan hadiah wang tunai kepada pemenang-pemenang keseluruhan siri perlumbaan Toyota Gazoo Racing musim ketiga.

Siri tersebut terpaksa ditamatkan lebih awal bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penyebaran COVID-19.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori dan hadiah tunai yang dimenangi:

Super Sporting

  • 1st: Tengku Djan Ley (RM100,000)
  • 2nd: Mark Darwin (RM50,000)
  • 3rd: Freddie Ang (RM30,000)

Sporting

  • 1st: Hayden Haikal (RM100,000)
  • 2nd: Bradley Benedict Anthony (RM50,000)
  • 3rd: Haji Sutan Mustaffa (RM30,000)

Promotional Class (tiada hadiah wang tunai)

  • 1st: Shawn Lee
  • 2nd: Shukri Yahaya
  • 3rd: Nabil Ahmad

Para pemenang dipilih berdasarkan pungutan mata dengan 75% daripada perlumbaan yang dijadualkan dilangsungkan. Pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang terpaksa dibatalkan akibat pelaksanaan PKP.

Toyota Gazoo Racing musim ketiga membuka tirainya di Kuala Terengganu pada 5-7 September 2019, sebelum ke Bandar Malaysia pada 9-10 November 2019 dan Batu Kawan di Pulau Pinang pada 14-16 February. Secara keseluruhannya, kejohanan ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM500,000.

Previous post

Honda Civic Type R Terima Sentuhan Mugen

Next post

Toyota Kini di Lazada dan Shopee

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *