Perodua Lanjut Waktu Operasi Pusat Servis
Perodua telah memulakan projek perintis untuk melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) terpilih untuk memenuhi keperluan pelanggannya.
Pada peringkat awal ini, projek perintis ini melibatkan 16 pusat servis dan tiga hab B&P di seluruh negara, yang akan beroperasi dari jam 8.00 pagi – 9.00 malam (Semenanjung Malaysia) dan 7.45 pagi – 8.45 malam (Malaysia Timur), setiap hari kecuali Ahad.
“Kami sedar terdapat ramai pelanggan yang telah melepasi tempoh servis kenderaan mereka kerana operasi kami di seluruh negara ditutup selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Oleh itu, kami melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab B&P terpilih untuk memenuhi permintaan tinggi dan terus memberikan ketenangan minda kepada pelanggan kami yang dihargai,” tambahnya.
Perodua menerima 2.35 juta pengambilan servis tahun lalu melalui 202 pusat servisnya di seluruh negara. Menurut Dato’ Zainal, inisiatif ini dijangka dapat menampung permintaan servis di kawasan-kawasan utama.
Pelanggan yang ingin servis kenderaan mereka diminta untuk mendapatkan slot janji temu terlebih dahulu. ‘Walk-in’ masih tidak diterima buat masa ini.
Semua pelawat mesti menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, mendaftarkan maklumat diri mereka dan mematuhi penanda jarak sosial di dalam premis setiap masa. Pembersih tangan ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dibuat ke atas premis tersebut.
Berikut adalah senarai pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) yang terlibat:
No | Pusat | Alamat | No telefon |
1 | Perodua Sentral PJ (3S) | Lot 11 & 12, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor | 03-79474600 / 7958 |
2 | PSSB Subang Jaya | Lot 678, Taman Perindustrian Subang, Jalan Perairan Subang Permai, 47620 Petaling Jaya, Selangor | 03-80246888 |
3 | PSSB Keramat | Lot 9 & 11, Lorong Enggang 31, Taman Keramat, 54200 Selangor | 03-42569470 / 4253 |
4 | PSSB Glenmarie (3S) | No 14 & 16, Jalan Juruhebah U I/50, Temasya Industrial Park, Phase 2, 40150 Shah Alam, Selangor | 03-55691913 / 3984 |
5 | PSSB Balakong (3S) | Lot 9257C, Jalan Balakong, 43300 Balakong, Selangor | 03-89626488 / 6455 |
6 | PSSB Puchong (3S) | No 4 Jalan BP 4/4, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor | 03-80612112 / 6138 |
7 | PSSB Johor Bahru 1 (3S) | No 75, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor | 07-2350920/0926/0920 |
8 | PSSB Johor Bahru 2 (3S) | Lot 64280, PTD 111435, Jalan Johor Jaya, Kawasan Perindustrian Plentong, 81750 Johor Bahru, Johor | 07-3530808/5060/5006 |
9 | PSSB Seremban (3S) | Lot 500 & 1123, Batu 2, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan | 06-6331892 / 1776 |
10 | PSSB Juru (3S) | No 1678, Jalan Perusahaan, Highway Auto City North-South, Juru, 13600 Prai, Penang | 04-5011113/1114/1112 |
11 | PSSB Penang | No 132-E, Jalan Patani, 10150 Georgetown, Penang | 04-2822490/2430/2419 |
12 | PSSB Ipoh 1 | Lot 23, Tasek Industrial Estate, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh, Perak | 05-5476433 / 0433 |
13 | PSSB Kota Bharu 1 (3S) | Lot 2309, Batu 4, Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan | 09-7418201/8202/8203 |
14 | PSSB Kuantan 2 | No 23 Jalan IM 3/1, Bandar Indera Mahkota, 25350 Kuantan, Pahang | 09-5721650/1654/1655 |
15 | PSSB Kuching 1 (3S) | Lot 5023, Block 16, KLCD Jalan Sherip Masahor, 93350 Kuching, Sarawak | 082-422133 / 237122 |
16 | PSSB Kota Kinabalu 2 | Mile 7, Jalan Putatan, 88300 Penampang, Sabah | 088-769123 / 124 |
No | Pusat | Alamat | No telefon |
1 | PSSB Subang Jaya B&P | Lot 678, Taman Perindustrian Subang, Jalan Perairan Subang Permai, 47620 Petaling Jaya, Selangor | 03-80244888 / 8023 |
2 | PSSB Balakong B&P | Block B, Lot 9257,38635 & 27616, Jalan Balakong, 43300 Balakong, Selangor | 03-89610854 / 0897 |
3 | PSSB Kota Bharu B&P | Lot 2309, Bt 4, Jln Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan | 09-7418201 / 8202 |
No Comment