Bisnes

Perodua Sedia Bekerjasama Dengan Kerajaan Perkuat Industri Auto

Berikutan pengumuman daripada Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) baru-baru ini, Perodua menyambut baik inisiatif kerajaan untuk memastikan kemampanan industri automotif Malaysia di sebalik pandemik COVID-19.

“Perodua menyokong sepenuhnya matlamat kerajaan untuk memperkukuh industri automotif Malaysia pada masa yang sukar ini, dan pelbagai inisiatif yang dikemukakan untuk mencapai matlamat tersebut,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Tambah beliau lagi, Perodua sebagai pengeluar kenderaan terbesar di Malaysia dari segi jumlah, bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk untuk mengekalkan kemampanan industri dalam masa yang sukar ini

MARii dalam satu kenyataan menganggarkan penurunan jualan kenderaan baharu sebanyak 28% tahun ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jumlah keseluruhan industri (TIV) minimum 500,000 unit diperlukan pada 2020 untuk menjamin kelangsungan perniagaan-perniagaan automotif.

Perodua Bezza

Bagi merangsang jualan kenderaan, MARii mencadangkan beberapa insentif seperti pengecualian sementara bayaran pendahuluan, pengurangan kadar faedah pinjaman dan subsidi bersama antara pengeluar kenderaan dan kerajaan bagi cukai jalan dan insurans untuk jangka masa terhad.

“Sesungguhnya ini masa yang mencabar bagi semua. Namun Perodua yakin bahawa dengan kerjasama kerajaan, industri automotif bersama dengan ekosistem pembekal dan pengedar akan berjaya mengharungi masa sukar ini bersama,” kata Dato’ Zainal.

Perodua turut memainkan peranannya untuk menyokong ekosistem pembekal dan pengedarnya. Selain komitmen jumlah, bantuan dan sokongan diberikan dalam bentuk pelaburan dan pembelian dahulu, jangka masa kredit yang lebih lama serta pelbagai inisiatif transformasi dan program pembangunan.

Previous post

Honda HR-V RS Kini Dengan Upholsteri Kulit Coklat Gelap

Next post

100 Unit Honda Civic Type R Limited Edition Habis Dijual Dalam 4 Minit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *