Prince of Drift Berlumba Di GP D1 Dengan Supra V8 GR
Cerita Asal Joshua Chin
Ikon drift nasional Malaysia dan prince of drift (putera drift) Tengku Djan Ley akan bertanding dalam siri Gran Turismo D1 Gran Prix 2020 dibawah naugan Evangalion Racing Team (EVA RT).
Ya, Evangelion yang sama dari Neon Genesis Evangelion yang popular dari manga dan anime.
Dengan tahun 2020 menjadi Ulang Tahun ke-10 sejak penubuhan Evangelion Racing Team, EVA RT akan berkembang ke dunia D1 GP setelah berpengalaman bertahun-tahun dalam siri perlumbaan kereta tur GT Super dan perlumbaan endurance motosikal 8 jam Suzuka.
Dibangunkan oleh Do-Luck Racing, A90 GR Supra ini yang akan dikemudikan oleh Tengku Djan Ley khusus untuk litar drift Jepun dan jauh dari varian coupe Jepun.
Di bawah hud EVA RT GR Supra ialah Toyota 4.4L 3UZ-FE V8 menggantikan enjin BMW yang terdapat dalam varian jalan raya. Dan jika itu tidak mencukupi, ada turbo Garett G42 yang dipasang pada Toyota V8 untuk meningkatkan kuasa melebihi 1000hp.
Mesin drift ini menggunakan kit widebody HKS, yang membolehkan Supra drift menjadi 60mm lebih lebar di hadapan dan 90 mm lebih besar di bahagian belakang berbanding stok. Siap dengan set roda Gram Lights 57 FXZ dengan tayar Toyo. Skema warna ungu dan hijau yang sinonim dengan Evangelion Racing Team pada EVA RT GR Supra mewakili Evangalion Unit-01.
Sebagai pemandu dan pelumba yang berpengalaman, Tengku Djan Ley sebelum ini pernah memenangi D1 GP China Series pada tahun 2018 bersama pasukan Maxxoil Racing. Mencapai podium tempat kedua di pusingan keempat kejuaraan drift dan menewaskan pelumba drift all-star dari seluruh dunia, termasuk Hibino Tetsuya dari Jepun, pesaing Formula Drift, Matt Field dari USA dan banyak lagi. Selain itu, MaxxOil Racing Team telah dianugerahkan D1 Grand Prix Best Team of the Year 2018.
Ucap selamat dan semoga berjaya kami kepada Tengku Djan dalam penglibatan semula beliau ke arena drifting peringkat teratas bersaing dalam siri Gran Turismo D1 Gran Prix 2020 yang akan datang, yang secara kebetulan merupakan ulang tahun ke-20 siri D1 GP.
Perlumbaan pertama dari lapan perlumbaan ialah pertandingan Okuibuki Drift 2020, yang dijangka berlangsung pada 23 – 24 Julai di Okuibuki Motor Park tanpa penonton. Jadi tidak lama lagi kita akan dapat melihat Supra raksasa hijau dan ungu ini mengasapkan tayar belakangnya di litar nanti.
No Comment