SDAC-Ford Tawar Diskaun 20 Peratus Untuk Servis dan Alat Ganti
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, mengumumkan ‘Promosi Bantuan Servis’ dengan penjimatan sehingga 20 peratus untuk servis dan alat ganti kenderaan bermula 10 Jun sehingga 30 Julai.
“Kami sentiasa mensasarkan untuk memberi faedah dan khidmat tambahan kepada para pelanggan kami. Orang ramai masih perlu menjalani aktiviti harian di waktu yang tidak menentu ini dan kami berharap agar penjimatan ini boleh meringankan beban mereka,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati potongan 20 peratus untuk pakej brek dan tali sawat pemasaan, serta pakej minyak pelincir. Ia ditawarkan sebagai tambahan kepada potongan 10 peratus untuk kos buruh bagi pakej-pakej yang dinyatakan.
Untuk kelegaan yang lebih, semua pemilik kenderaan Ford boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma oleh juruteknik-juruteknik Ford yang bertauliah bagi memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang cukup baik.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, ada pelanggan yang mungkin tidak dapat membuat janji temu servis kenderaan sebelum waranti mereka tamat tempoh atau melepasi had batuan. Oleh itu, SDAC memberi peluang kepada pelanggan yang berada dalam situasi ini untuk membuat janji temu servis sebelum 30 Jun 2020.
Selari dengan arahan kawalan kumpulan ramai dan penjarakan sosial di
premis–premis Ford, servis kenderaan akan dibuat berdasarkan janji temu sahaja.
Untuk membuat janji temu, pelanggan boleh mengisi borang dalam talian atau menghubungi mana-mana pusat servis Ford bertauliah yang terdekat atau talian Hotline Khidmat Pelangggan di 1300 38 3181.
No Comment