Senarai Harga Baharu Hyundai
Hyundai-Sime Darby Motors telah mengumumkan senarai harga model Hyundai yang dikemas kini, sejajar dengan pengumuman PENJANA yang menyaksikan pengecualian cukai jualan 100% bagi kenderaan CKD dan 50% bagi kenderaan CBU.
Bagaimanapun, menurut HSDM, pengecualian cukai jualan ini hanya untuk model keluaran tahun 2020, bermakna harga bagi model seperti IONIQ, Tucson, Elantra dan Starex akan dikekalkan.
Model-model yang akan menikmati pengurangan harga dari pengecualian cukai jualan ini adalah Santa Fe generasi keempat yang dipasang di Kulim, Kedah dan juga i30N yang dilancarkan di Malaysia pada November tahun lalu.
Bermula sekarang hingga 31 Disember 2020, harga bagi SUV tersebut akan dikurangkan antara RM4,914 hingga RM6,250 (2.85% hingga 2.92%), manakala model hot hatch tersebut menerima pengurangan berjumlah RM5,090 (1.7%).
No Comment