Senarai Harga Baharu Mitsubishi
Mitsubshi Motors Malaysia (MMM) telah mengeluarkan senarai harga bagi dua model keluarannya iaitu Outlander dan ASX. Triton tidak tersenerai kerana ia diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial dan oleh itu tidak layak untuk pengecualian cukai.
Outlander menyaksikan penurunan harga sebanyak RM5,126 bagi varian 2.4L dan RM4,397 bagi varian 2.0L, manakala harga ASX 2WD dan 4WD masing-masing berkurang sebanyak RM7,238 dan RM8,154.
Outlander dan ASX merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dan mendapat pengecualian cukai jualan 100% hingga 31 Disember 2020. Sementara itu, model import sepenuhnya (CBU) menerima pengecualian cukai jualan 50% di bawah inisiatif ini.
No Comment