Volksawgen Umum Senarai Harga Baharu Selepas Pengecualian Cukai Jualan
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan senarai harga terkini barisan model Volkswagen berikutan pengumuman pengecualian cukai jualan baru-baru ini.
Pelarasan harga ini berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020. Model Volkswagen yang dipasang secara tempatan (CKD) adalah Polo, Vento, Tiguan dan Passat manakala barisan Golf yang terdiri daripada R-Line, GTI dan R adalah model import sepenuhnya (CBU).
Berikut adalah senarai harga model Volkswagen yang telah dikemas kini:
Model | Harga Sebelum Ini | Harga Baharu |
Polo | RM74,990 | RM74,060 |
Polo JOIN | RM81,990 | RM81,060 |
Vento Comfortline | RM84,690 | RM83,709 |
Vento Comfortline JOIN | RM91,690 | RM90,709 |
Vento Highline | RM91,490 | RM89,077 |
Vento Highline JOIN | RM98,490 | RM96,077 |
Tiguan Highline | RM165,990 | RM162,108 |
Tiguan Highline JOIN | RM175,990 | RM172,108 |
Passat Elegance | RM187,990 | RM181,856 |
Golf R-Line | RM173,390 | RM168,505 |
Golf GTI | RM246,490 | RM238,857 |
Golf R | RM304,390 | RM294,905 |
Beetle Sport | RM152,390 | RM152,390 |
Selain pengurangan harga ini, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai promosi yang sedang berjalan, seperti ansuran bulanan percuma selama enam bulan untuk Tiguan, rebat dalam talian eksklusif di Volkswagen eShowroom dan penghantaran kenderaan ke rumah secara percuma.
No Comment