Program Kereta Terpakai Volvo SELEKT Dilancarkan di Malaysia
Volvo Car Malaysia telah mengikuti jejak langkah jenama mewah lain di Malaysia dengan pelancaran program kereta terpakai mereka sendiri iaitu Volvo SELEKT.
Menurut syarikat itu, setiap kereta yang ditawarkan di bawah program ini dijamin berusia kurang dari lima tahun dengan perbatuan tidak melebihi 100,000 km.
Kereta yang layak untuk program ini akan diberikan pemeriksaan 125 poin dan perisian juga dinaiktaraf manakala alat ganti yang digunakan adalah dijamin tulen. Apa yang penting, servis dan naik taraf akan dilakukan oleh juruteknik Volvo yang terlatih.
Bukan itu sahaja, setiap kereta Volvo SELEKT didatangkan dengan waranti minimum 12 bulan, pakej penyelenggaraan percuma selama setahun dan Bantuan Tepi Jalan untuk 12 bulan.
Pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai pakej dan aksesori yang ditawarkan, termasuk pakej Polestar untuk model Volvo terpilih.
Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata, “Menerusi Volvo SELEKT, kami berharap dapat memberikan pilihan alternatif kepada pelanggan sambil mengekalkan semua kriteria kecemerlangan,
kebolehpercayaan dan prestasi kereta mewah premium.”
No Comment