Motosikal / Skuter / Roda

Yamaha Tracer 900 GT Dapat Dua Warna Baharu

Untuk tahun 2020, Yamaha Tracer 900 GT akan ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu iaitu Reddish Copper dan Midnight Silver. Kedua-duanya menggantikan warna biru dan kelabu/merah yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Apa yang menarik, harga jentera berkuasa tinggi ini tidak berubah iaitu RM58,888 (termasuk SST, tanpa cukai jalan dan insurans).

Jika dibandingkan dengan model Tracer 900, model ini didatangkan dengan pelbagai kelengkapan tambahan yang menjadikannya jentera ‘Gran Turismo’ sebenar.

Antara kelengkapan yang dimaksudkan adalah penghadang angin boleh laras, pemanas bar hendal dan paparan instrumen TFT. Model ini juga dilengkapi dengan suspensi depan dan belakang boleh laras, manakala dari segi elektronik, ia mendapat Quickshifter dan sistem Cruise Control.

Tracer 900 GT dikuasakan oleh enjin tiga silinder bersesaran 847 cc yang menjana 115 PS pada 10,000 rpm dan 87.5 Nm pada 8,500 rpm. Transmisi enam kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.

Previous post

Volkswagen Kini Ada Kedai Rasmi di Shopee

Next post

Kia Carnival Generasi Keempat Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *