500 Botol Minyak Shell Advance AX7 Percuma Untuk Penunggang Motosikal
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa bulan lalu telah menjejaskan mata pencarian begitu ramai rakyat Malaysia, termasuklah mereka yang bergantung kepada motosikal sebagai sumber pendapatan harian.
Oleh itu, Shell melancarkan kempen tiga penjuru #AtasiSegalanya yang diharapkan dapat membangkitkan semangat para penunggang dan mekanik motosikal.
Sebagai permulaan, Shell Advance akan memberikan 500 botol minyak enjin separa sintetik Shell Advance AX7 secara percuma kepada pemilik motosikal.
Mulai 26 Jun hingga 11 Julai 2020, penunggang hanya perlu melayari https://www.shell.com.my/motorists/oils-lubricants/win-free-shell-advance-motorcyle-oil.html, jawab soalan mudah dengan betul untuk berpeluang mendapatkan pek Shell Advance AX7 1 liter secara percuma.
Bukan itu sahaja, setiap pembelian pek 1 liter minyak enjin separa sintetik Shell Advance AX7 dari bengkel-bengkel yang mengambil bahagian kini dihadiahkan dengan bandana yang bergaya secara percuma, sementara stok masih ada.
Sementara itu, dengan pembukaan semula bengkel-bengkel motosikal, lebih daripada 2,000 mekanik motosikal tempatan akan mendapat manfaat daripada program latihan Shell Advance Masterclass.
Kini dalam tahun keempat penganjurannya, program Shell Advance Masterclass merupakan inisiatif pembelajaran dan pensijilan unik yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mekanik motosikal dan pemilik bengkel.
Program ini terdiri daripada siri video dalam talian yang dihasilkan dengan kerjasama Jeff Oh, seorang mekanik pakar MotoGP untuk memberi bimbingan serta berkongsi pengetahuan dan panduan pakar mengenai cara penyenggaraan motosikal yang betul.
Modul interaktif tersebut akan disampaikan kepada peserta semasa pasukan Shell Advance membuat kunjungan ke bengkel dan melalui video demonstrasi di laman web Shell Advance Masterclass.
No Comment