Anugerah VOTY LIVE Di FB DSF.my Pada 9 Julai 2020 11 pagi
Siaran serentak di facebook.gohedgostan.com
Jangan lepaskan peluang menonton acara anugerah kenderaan ‘pertama di ASIA’ ini di laman-laman FB kami.
Anugerah Vehicle of the Year (VOTY) ditaja oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan dihakimi oleh Daniel Sherman Fernandez dan Subhash Nair dari Drive Safe and Fast (dsf.my) dan Ross Hadi dan Amirul Mukminin dari GohedGostan.com.
Tahun ini Anugerah VOTY, berlangsung di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, yang pada mulanya dijadualkan pada 21 Mac sebelum ditangguhkan kerana wabak COVID-19 dan kami telah memutuskan untuk menyiarkannya secara LIVE dikedua-dua laman facebook kami. Ini akan menjadikan DSF.my VOTY sebagai acara anugerah automotif pertama yang disiarkan secara langsung di ASEAN, setahu kita.
www.dsf.my dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dengan sukacitanya menjemput anda bersama menonton pengumuman maya PEMENANG VOTY 2020 pada …
TARIKH: 9 Julai 2020
Masa: 11 pagi
Kesemua 17 pemenang akan diumumkan mulai dari jam 11 pagi dan seterusnya ……
TONTON LIVE DI: Halaman FACEBOOK dsf.my dan facebook.gohedgostan.com
Proses pemilihannya adalah mudah dan bersih. Semua kereta baharu yang dilancarkan di Malaysia dalam masa 13 bulan hingga ke tarikh akhir penilaian kami, layak mencadi calon. Kami menghubungi kesemua jenama kereta yang beroperasi secara rasmi di Malaysia dan meminta mereka menyediakan kereta uji untuk setiap panel hakim kami untuk memandu uji dan menjalani proses penilaian standard.
Tidak ada yuran penyertaan, tidak ada tawaran pakej dan tidak ada kos tersembunyi …… bukan macam yang lain.
Mana-mana panel hakim yang memandu kereta yang layak boleh memilih. Hanya undi majoriti besar diperlukan untuk calon kenderaan menang dalam kategori masing-masing.
Kategori dipastikan konsisten sebaik mungkin dari tahun ke tahun dengan sedikit pengubahsuaian apabila kategori tertentu tidak diwakili dengan secukupnya atau terlebih pada tahun tersebut.
Penaja utama kami Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad menyedari integriti panel hakim kami dan semua yang terlibat dalam menentukan pemenang mutlak dan menyerahkan kesemua keputusan kesemua pemenang kepada hakim www.dsf.my dan gohedgostan.com
Kami berharap pembaca kami menghargai usaha semua pihak yang terlibat dan memberi kami maklum balas positif mengenai bagaimana kami dapat meningkatkan lagi mutu anugerah ini untuk tahun hadapan.
Harap maklum bahawa kenderaan baharu yang dilancarkan dari bulan Mac hingga Jun 2020 tidak terlibat dalam penilaian kali ini dan hanya akan terlibat dalam penilaian tahun hadapan iaitu VOTY 2021.
No Comment