Berita Auto

Pelanggan Ford Kini Boleh Tempah Temujanji Servis Secara Masa Nyata

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh melakukan tempahan servis secara masa nyata melalui laman web Ford.

Tempahan Temujanji e-Servis (e-Service Appointment booking) secara masa nyata sekarang ini terdapat di tujuh pusat servis Ford yang berdaftar iaitu di Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau.

“Pelaksanaan Tempahan Temujanji e-Servis secara masa nyata membolehkan para pelangggan mengetahui dengan kadar segera slot-slot yang ada untuk melakukan servis kenderaan di pusat servis yang mereka pilih,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

“Dalam beberapa bulan lagi, kami berhasrat untuk memantapkan sepenuhnya Tempahan Temujanji e-Servis secara masa nyata ini meliputi lebih 40 rangkaian wakil pengedar kami di seluruh negara” tambah Muzri.

Pelanggan hanya perlu melayari www.sdacford.com.my dan pilih tab ‘Book a Service’ dan kemudian pilih model kenderaan, lokasi negeri mereka, dan seterusnya pilih pusat servis yang diingini yang terdapat dalam senarai ke bawah yang tersedia. Tarikh dan waktu untuk slot-slot yang ada akan dipaparkan, dan para pelanggan boleh membuat tempahan satu bulan lebih awal.

Pelanggan akan diminta untuk mengisi nama, butir-butir untuk dihubungi dan nombor pendaftaran kenderaan. Apabila telah lengkap, email pengesahan tempahan akan dihantar kepada pelanggan.

Selain daripada menempah temujanji servis secara dalam talian, para pelanggan juga boleh membuat temujanji dengan menghubungi pusat servis Ford.

Previous post

Honda BR-V Terima Lebih 1,400 Tempahan Dalam Tempoh Sebulan

Next post

Allianz Motorcycle Plus Tawar Perlindungan Tanpa Kos Tambahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *