Honda BR-V Terima Lebih 1,400 Tempahan Dalam Tempoh Sebulan
Nampaknya Honda BR-V versi 2020 mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan di Malaysia dengan lebih 1,400 tempahan diterima sejak ia dilancarkan pada Jun lalu.
Menurut Honda Malaysia, lebih 85 peratus tempahan adalah untuk varian teratas iaitu varian V yang menampilkan kelengkapan tambahan seperti paparan audio 7 inci, paddle shifter, upholsteri kulit dengan kemasan merah dan jahitan merah pada tombol gear.
Selain itu, kawasan Tengah mencatat 42% daripada jumlah keseluruhan tempahan dan warna Modern Steel Metallic dilihat menjadi pilihan utama pelanggan dengan 24% daripada tempahan.
Untuk 2020, MPV tujuh tempat duduk itu kekal dengan enjin 1.5-liter SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan CVT dengan kuasa berjumlah 120 PS dan 145 Nm.
Berikut adalah senarai harga terkini Honda BR-V baharu:
No Comment