Berita Auto

Lamborghini Essenza SCV12 – Jentera Litar Dengan V12 Paling Power!

Hypercar Lamborghini yang dihasilkan eksklusif untuk litar lumba akhirnya diperkenalkan secara rasmi. Dikenali sebagai Essenza SCV12, ia hadir dengan enjin V12 yang paling berkuasa pernah dihasilkan jenama itu dan juga aerodinamik yang diinspirasikan oleh jentera lumba prototaip.

Lamborghini tidak mendedahkan sesaran enjin tersebut namun menurutnya, unit aspirasi natural itu mampu menghasilkan 830 hp dengan peningkatan kuasa signifikan daripada efek RAM pada kelajuan tinggi.

Enjin tersebut dipadankan dengan sistem ekzos yang dibangunkan oleh Capristo yang mampu mengurangkan ‘back pressure’ dan pada masa yang sama menghasilkan deruman yang unik untuk SCV12.

Sementara itu, pengendalian kuasa pula diuruskan oleh transmisi berjujukan enam kelajuan X-trac, yang diposisikan sebagai elemen struktur pada casis.

Untu memastikan pengendalian yang lincah, Lamborghini menggunakan sistem suspensi ‘push-rod’ pada gandar belakang, serta gabungan tayar slick Pirelli dan rim magnesium berukuran 19 dan 20 inci. Cakera brek pula dibekalkan oleh Brembo Motorsport.

Menurut Lamborghini, casisi monocoque gentian karbon memberikan SCV12 nisbah kuasa-berat yang tinggi iaitu 1.66 hp bagi setiap kg. Walaupun tidak mempunyai sangkar keselamatan, ia merupakan jentera GT pertama yang mematuhi piawaian keselamatan FIA.

Dari segi aerodinamik, hud hadapan mempunyai ambilan udara berkembar dengan rusuk tengah seperti yang terdapat pada kereta lumba Huracan. Ia berdungsi untuk memisahkan aliran udara panas dari radiator dan menyalurkan udara ke skup bumbung.

Bahagian hadapan pula dilengkapi dengan splitter dan dua elemen lateral, manakala pada bahagian sisi terdapat sirip menegak untuk penyejukan enjin dan kotak gear. Spoiler berkembar boleh laras melengkapkan pakej aerodinamik SCV12.

Kesemua komponen ini mampu menjana downforce yang lebih tinggi berbanding kereta lumba GT3 iaitu 1,200 kg pada kelajuan 250 km/j.

Lamborghini akan mengehadkan pengeluaran Essenza SVC12 kepada 40 unit sahaja. Setiap pemilik akan menjadi sebahagian daripada kelab eksklusif yang memberikan mereka akses kepada program pemanduan hypercar istimewa di litar-litar berprestij di seluruh dunia.

Antara kelebihan yang bakal dinikmati adalah perkhidmatan penyimpanan kereta di hangar baharu di Sant’Agata Bolognese, garaj persendirian dengan kamera web yang membolehkan pemilik memantau kereta mereka 24 jam menerusi aplikasi, serta program latihan atletik seperti yang diikuti oleh pelumba rasmi Lamborghini.

Previous post

Mitsubishi Cipta Segmen Semua Baharu Pula

Next post

Polestar 2 Diserahkan Kepada Pelanggan Pertama di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *