Berita Auto

Myvi 2020 Sekarang Dengan Bantuan Pemanduan Selamat 2.0

Juga dengan tambahan warna baharu.

Perodua Myvi, kini dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta warna luaran baharu, dan sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.

Sebelum ini, sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) hanya terdapat pada varian 1.5 AV. Kini, versi yang dipertingkatkan, ASA 2.0, terdapat pada varian 1.5 AV dan 1.5 H, serta ditawarkan secara pilihan pada 1.3 X.

Myvi kini juga boleh didapati dalam warna luaran baharu iaitu Electric Blue (untuk semua varian). Masih ditawarkan warna Ivory White, Glittering Silver, Lava Red dan Granite Grey untuk semua varian kecuali 1.3 G.

Sistem ASA yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran muncul buat kali pertama pada Perodua Myvi generasi ketiga pada 2017, merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 30 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 30 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

ASA 2.0 pula muncul pada Aruz buat julung kali pada 2019. Sistem ini menambah ciri Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j) dan meningkatkan kelajuan operasi Amaran Pra-Pelanggaran dan Brek Pra-Pelanggaran kepada 100 km/j dan 80 km/j masing-masing.

ASA 2.0 kemudian diperkenalkan pada Axia 2019 dan Bezza 2020, dan kini pada Myvi, yang terus didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

Perodua Myvi 2020
VarianHarga
1.3 G MTRM41,292
1.3 G ATRM43,029
1.3 X ATRM44,959
1.3 X AT (dengan ASA 2.0, baharu)RM46,959
1.5 H AT (dengan ASA 2.0, baharu)RM50,530
1.5 AV AT (ASA dipertingkatkan ke 2.0, baharu)RM52,697
Semua harga atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia, mengambil kira pengecualian cukai jualan oleh pihak kerajaan yang akan berlangsung sehingga 31hb Disember 2020.

*ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.

Previous post

Selebriti Hantar Makanan Perancis Kepada Pemenang Peraduan Renault

Next post

Pemenang Kereta Sport Tahunan VOTY 2020 Toyota GR Supra Terima Pertambahan Kuasa

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *