Nissan Almera Dengan Kit Badan Misteri Di Thailand
Sementara kita menunggu Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Almera baharu, jiran kita di Thailand nampaknya telah menghasilkan beberapa kit badan kustom untuk sedan kompak itu.
Sebagai contoh, lihat Almera yang dipaparkan di sebuah bilik pameran di Thailand ini. Ia memakai kit badan agresif yang menarik namun tidak dapat dipastikan siapakah pengeluarnya.
Apa yang pasti, kit badan ini bukan aksesori rasmi yang ditawarkan oleh Nissan Thailand menerusi pakej Sport seperti yang ditunjukkan di bawah:
Apa yang kami tahu gambar-gambar ini dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter di Malaysia.
Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat tulisan ‘Ultar Rancer’ pada diffuser belakang namun pencarian di Google tidak membuahkan hasil. Ia mungkin jenama tiruan yang diinspirasikan oleh Ultra Racing.
Apa-apa pun, kit badan ini jelas menyerlahkan lagi reka bentuk Almera, manakala kemasan merah yang digunakan dilihat sepadan dengan warna kelabu itu. Cuma, empat muncung ekzos dengan kemasan krom pada diffuser belakang dilihat agak keterlaluan untuk sebuah sedan yang dikuasakan oleh enjin turbo 1.0-liter.
No Comment