Nissan GT-R “Godzilla 2.0” Lain Dari Yang Lain
Melihat gambar yang tertera di atas, anda mungkin perasan bahawa Nissan GT-R tersebut kelihatan lebih tinggi daripada kebiasannya. Ini kerana ia telah ditransformasikan menjadi jentera off-road oleh Classic Youngtimers Consultancy.
Dikenali sebagai Godzilla 2.0, ia merupakan rekaan ‘one-off’ yang dibangunkan khas untuk menempuh permukaan yang mencabar. Berminat? Ia boleh menjadi milik anda dengan harga 95,000 Euro (RM458,550).
Antara modifikasi yang telah dilakukan termasuklah penggunaan sistem gantungan kustom yang menjadikannya 120 mm lebih tinggi berbanding GT-R biasa, serta gerbang roda yang diperbesarkan. Rim asal yang berukuran 20 inci kini dibalut dengan tayar off-road yang bersaiz lebih besar.
Selain itu, Godzilla 2.0 dilengkapi dengan rak bumbung kustom yang boleh memuatkan sebiji tayar, serta bar lampu LED yang juga terletak di atas bumbung. Bampar hadapannya kini mempunyai sepasang lampu bulat dengan grafik ‘X’ yang menarik.
Di bawah bonet, enjin 3.8-liter twin-turbo V6 itu menjana 600 hp, iaitu 115 hp lebih tinggi berbanding versi asal.
Apa yang menarik, Godzilla 2.0 bukanlah supercar off-road yang pertama dihasilkan oleh Classic Youngtimers Consultancy. Syarikat itu sebelum ini pernah menala Lamborghini Gallardo dan Bentley Continental GT menggunakan resipi yang sama.
No Comment