Program Subsidi Petrol Tidak Akan Dilaksanakan
Kerajaan Perikatan Nasional mengesahkan bahawa ia tidak akan melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar buat masa ini bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid memberi tahu Dewan Rakyat langkah itu diambil bagi mengelakkan berlakunya jurang harga petrol yang tinggi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Keputusan itu dimuktamadkan dalam mesyuarat bersama KDPNHEP dengan Kementerian Kewangan pada 9 Julai lalu.
“Bagi kelompok M40 mereka hanya akan menikmati potongan harga semasa mengisi petrol di stesen minyak kerana diberikan kad minyak subsidi dan ini boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat berkenaan ketelusan pemberian subsidi ini,” katanya.
PSP merupakan inisiatif subsidi petrol bersasar dengan peruntukan RM2.4 bilion yang dirangka bagi mengurangkan kos sara hidup golongan B40 dan M40.
Berikut adalah syarat kelayakan PSP:
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang menetap di Semenanjung Malaysia
- Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan memiliki lesen Kenderaan Motor yang sah
- Memiliki tidak lebih dari dua kereta 1,600cc dan dua motosikal
- Kelayakan berdasarkan salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
i. Kereta <= 1,600cc
ii. Kereta >1,600cc dan berumur >= 10 tahun
iii. Motosikal <= 150cc
iv. Motosikal >150cc dan berumur >= 7 years.
PSP diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada Oktober tahun lalu namun pada Disember, Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaannya.
No Comment