Berita Auto

VOTY 2020//Kenderaan Tahunan – Proton X70 (CKD)

Walaupun mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijadualkan, Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) akhirnya dilancarkan dengan bukan satu atau dua tetapi 17 perubahan, pada harga yang lebih menarik. Ia juga menjadi model pertama yang mengguna pakai logo Proton baharu.

Salah satu daripada perubahan tersebut adalah penggunaan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan yang dibangunkan oleh Volvo dan Geely yang menggantikan kotak gear enam kelajuan yang digunakan pada versi CBU. Jika diterjemahkan ke dalam aspek prestasi, transmisi tersebut ternyata menghasilkan pecutan yang lebih lancar terutamanya ketika kenderaan baru mula bergerak. Ini dapat dibuktikan dengan masa pecutan 0-100 km/h yang berkurang sebanyak satu saat jika dibandingkan dengan model CBU. Bukan itu sahaja, Proton turut menjanjikan penjimatan bahan api sebanyak 13%, walaupun enjinnya telah ditala untuk menjana 5% lebih banyak tork.

Selain transmisi baharu dan enjin yang lebih berkuasa, X70 turut mendapat ciri-ciri lain yang dapat meningkatkan keselesaan seperti sistem pengudaraan pada kerusi hadapan dan kerusi belakang boleh laras. Penambahan ciri-ciri bernilai seperti ini dan penawaran harga yang lebih mampu milik melayakkan X70 CKD untuk memenangi anugerah Kenderaan Tahunan (VOTY) untuk tahun 2020. Dan sudah pastinya SUV ini akan terus memacu jualan Proton seperti yang dilakukan oleh X70 CBU sebelum ini.

Spesifikasi Proton X70 1.8TGDI Premium X 2WD

Enjin: Turbo, empat silinder DOHC
Kapasiti: 1,799 cc
Kuasa: 181 hp @ 5,500 rpm
Tork: 300 Nm @ 1,750 rpm
Transmisi: DCT 7 kelajuan
0-100 km/j: 9.5 saat
Kelajuan maksimum: 195 km/j
Harga: RM122,800

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Tahun ini, disebabkan pandemik COVID-19, kami terpaksa menangguhkan acara penyampaian anugerah VOTY dan telah memilih untuk menstrim acara tersebut secara langsung menerusi Facebook dan Youtube. Ini menjadikan VOTY acara anugerah automotif pertama yang distrim secara langsung di rantau ASEAN.

Previous post

Anugerah VOTY LIVE Di FB DSF.my Pada 9 Julai 2020 11 pagi

Next post

VOTY 2020//Crossover Tahunan - Mazda CX-30

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *