BMW Malaysia Lancar Program Servis Dengan Minyak Premium Shell Helix
BMW Malaysia, menerusi usaha sama dengan Shell Malaysia, telah memperkenalkan program servis minyak enjin dan alat penyenggaraan BMW yang menampilkan minyak enjin bertaraf premium iaitu Shell Helix Ultra Professional ABB SW-4.
Program baharu ini menawarkan dua pakej iaitu Pakej Servis Minyak BMW (BMW Oil Service Package) dan Pakej Nilai Servis BMW (BMW Service Value Package).
Dengan pembelian dua pakej Servis Minyak BMW yang ditawarkan pada harga RM500 untuk setiap pakej, pelanggan dapat membawa pulang kereta kawalan jauh BMW M4 Motorsport Collectible Remote Car edisi terhad yang bernilai RM250 secara percuma – sementara stok masih ada.
Sementara itu, Pakej Nilai Servis BMW pula menawarkan potongan harga sebanyak 30% bagi alat-alat penyenggaraan tulen BMW seperti brek, bilah pengelap, palam pencucuh, penapis mikro dan penapis udara.
Program ini ditawarkan mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.bmw.com.my/en/topics/discover/exclusive-offers/take-joy- further.html.
No Comment