Motosikal / Skuter / Roda

Scrambler Icon Dark, Model Ducati Paling Mampu Milik Setakat Ini

Barisan model Scrambler Ducati turut diperkembangkan menerusi pelancaran Scrambler Icon Dark baharu yang kini boleh didapati semua bilik pameran Ducati pada harga hanya RM49,900.

Seperti yang tertera pada namanya, model Scrambler terbaru ini menampilkan tema gelap menerusi warna hitam matte yang dipadankan dengan kemasan aluminium pada pelindung tali sawat dan panel sisi.

Ciri standard lain yang disertakan termasuklah lampu utama baharu dengan lampu nyalaan siang LED, tempat duduk rata serta Ducati Multimedia System (DMS) yang membolehkan penunggang menyambungkan motosikal mereka dengan telefon pintar dan alat perhubungan menerusi Bluetooth.

Nadi Scrambler Icon Dark adalah enjin penyejukan udara Desmodromic L-berkembar berkapasiti 803 cc yang menghasilkan 73 hp pada 8,250 rpm.

Untuk menjadikan tunggangan lebih selesa, Ducati telah menaik taraf sistem suspensi serta kawalan klac hidraulik. Sementara itu, penggunaan Cornering ABS keluaran Bosch pula memberikan prestasi yang lebih meyakinkan apabila penunggang melayan selekoh.

Previous post

Ducati Panigale V4 dan V4 S Tiba di Malaysia

Next post

Porsche Kemas Kini Keluarga Panamera: Turbo S dan V6 PHEV Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *