Honda City Generasi ke-5 Dibuka Untuk Tempahan
Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk Honda City generasi kelima telah dibuka.
Menurut syarikat itu, sedan kompak itu akan ditawarkan dalam empat varian dengan RS sebagai varian tertinggi. Pilihan enjin adalah hibrid i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) dan 1.5-liter DOHC i-VTEC. Enjin 1.0-liter VTEC Turbo tidak akan ditawarkan.
Diperkenalkan buat kali pertama di Malaysian, i-MMD yang turut dikenali sebagai e:HEV di peringkat global, mampu menghasilkan kuasa kilas sehingga 253 Nm yang dikatakan setanding dengan sedan segmen-D 2.5 liter.
Sementara itu, enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC itu pula dijangka menaja 121 hp dan 145 Nm seperti yang terdapat pada City pasaran India, di mana enjin tersebut dipadankan dengan CVT.
Berikut adalah antara kelengkapan yang disertakan:
- lampu utama LED (varian RS dan V)
- lampu nyalaan siang
- lampu belakang LED
- cermin sisi berwarna hitam (RS sahaja)
- rim aluminium 16 inci (RS dan V)
- Honda LaneWatch (RS dan V)
- Electric Parking Brake (RS sahaja)
Bersempena dengan skim PENJANA yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, Honda Malaysia akan menawarkan baucar servis bernilai RM1,000 dengan tempoh selama setahun kepada pelanggan yang menempah City baharu.
No Comment