Hyundai Kona Bakal Dilancarkan Pada Suku Keempat 2020
Akhirnya, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengesahkan bahawa Hyundai Kona akan dilancarkan di Malaysia pada suku keempat tahun ini.
Walaupun tarikh rasmi pelancaran masih belum diberitahu, Kona kini telah dibuka untuk tempahan di semua wakil pengedar Hyundai. Tidak seperti Tucson dan Santa Fe, penawaran terbaru HSDM dalam segmen SUV ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan.
Menurut HSDM, Kona akan didatangkan dengan pilihan warna yang ceria dengan warna bumbung yang berbeza, lampu LED pada bahagian belakang serta lampu nyalaan siang.
Sementara itu, di dalam kabin pula terdapat tali pinggang keledar berwarna yang dipadankan dengan jahitan kontras pada tempat duduk dan stereng, skrin sentuh infotainmen berukuran 7 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, paparan ‘head up’, pengecas tanpa wayar dan ciri keselamatan Hyundai Smart Sense. Bagaimanapun, spesifikasi enjin masih belum didedahkan.
Baru-baru ini, Kona telah dikesan di sekitar ibu pejabat HSDM di Ara Damansara.
No Comment