Nissan Lancar Pusat 3S di Kota Bharu
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd hari ini melancarkan satu lagi pusat 3S baharu yang mengguna pakai Nissan Retail Concept (NRC) di Kota Bharu, Kelantan.
Dioperasikan oleh Edaran Nuri Sdn Bhd, pusat itu menampilkan bahagian luaran yang diserlahkan dengan papan tanda Nissan berwarna merah yang ikonik.
Ruang jualan dan rundingan ‘Nissan Drive’ mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan penuh mesra dan keselesaan manakala tempat penyerahan turut dinaik taraf bagi meraikan saat istimewa sewaktu pelanggan menerima kereta masing-masing.
Pusat 3S ini memiliki keluasan 12,260 kaki persegi dan boleh mempamer lima model Nissan pada satu-satu masa. Ia juga mempunyai tiga ruang servis dengan kapasiti menyelenggara sehingga 15 buah kenderaan setiap hari.
Kemudahan tambahan yang ada termasuklah ruang rehat pelanggan yang moden seperti sebuah kafe, Wifi percuma dan sudut kanak-kanak.
Selari dengan prosedur operasi standard kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19, bilik pameran dan pusat servis Nissan akan mengamalkan pemeriksaan suhu dan penjarakan sosial kepada semua kakitangan serta pelanggan.
Kakitangan Nissan akan memakai pelitup muka, manakala pelitup muka, sarung tangan dan pembersih tangan turut disediakan secara percuma kepada pelanggan.
Insiatif nyahjangkitan yang kerap akan dilakukan di bilik pameran dan pusat servis sepanjang hari merangkumi setiap titik sentuhan termasuk kenderaan pameran dan pandu uji, serta ke atas semua kenderaan pelanggan sebelum dan selepas servis. Dalam tempoh ini, pembayaran tanpa sentuhan adalah digalakkan.
Pusat 3S Edaran Nuri Sdn Bhd terletak di Lot 6621, KM10, Jalan Pasir Puteh Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasinya adalah seperti berikut:
Sabtu – Khamis (termasuk cuti umum): 8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat: 8.30 pagi – 12.30 tengahari dan 2.30 petang – 5.30 petang
No Comment