Bank Rakyat Tawar Pembiayaan Sehingga 100% Untuk Toyota dan Lexus
Adakah anda merancang untuk membeli kereta Toyota atau Lexus baharu? Sekarang adalah masa yang terbaik untuk berbuat sedemikian kerana UMW Toyota dan Bank Rakyat kini sedang menawarkan pakej pembiayaan menarik sehingga 100% untuk warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 65 tahun.
Pakej pembiayaan Islamik ini boleh didapati dalam dua pilihan pembiayaan. An Naqlu 1 menawarkan sehingga 90% pembiayaan mengikut konsep Shariah Al Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB).
Sementara itu, An Naqlu 2 pula menawarkan pembiayaan sehingga 100% berdasarkan konsep Tawarruq. Untuk kedua-dua pakej ini, pelanggan boleh membuat pembayaran semula dalam antara 4 hingga 9 tahun.
Pelanggan yang berusia antara 18 hingga 60 tahun boleh memiliki kereta Toyota atau Lexus baharu tanpa perlu membuat bayaran pendahuluan di bawah skim An Naqlu 2.
UMW Toyota turut menawarkan skim graduan tanpa bayaran pendahuluan untuk graduan berusia antara 20 hingga 30 tahun. Antara syarat yang dikenakan adalah pemohon mestilah pemegang diploma dan telah bekerja untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Penjamin diperlukan bagi pemohon yang bekerja kurang dari tiga bulan.
Bukan itu sahaja, warga emas juga boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan di bawah skim An Naqlu 1 dengan syarat mereka berusia kurang 65 tahun pada akhir tempoh pembiayaan dan perlu memindahkan pencen mereka ke akaun simpanan Bank Rakyat.
Tawaran menarik ini sah sehingga 30 September 2020.
No Comment