Yamaha Y15ZR GP Edition Versi 2020 Dilancarkan
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Yamaha Y15ZR GP Edition versi 2020 yang menampilkan livery Monster Energy.
Ditawarkan dalam bilangan yang terhad, livery tersebut diinspirasikan oleh jentera YZR-M1 yang ditunggang oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales bagi pasukan MotoGP Monster Energy Yamaha.
Y15ZR dikuasakan oleh enjin 150 cc, silinder tunggal yang menghasilkan 15.1 hp pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.
Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan fork teleskopik hadapan dan suspensi monoshock belakang, serta brek cakera hidraulik.
Y15ZR GP Edition boleh didapati menerusi wakil pengedar rasmi HLYM bermula pertengahan Ogos 2020 pada harga RM8,868. Setiap pembelian didatangkan dengan sijil pemilikan dan jam tangan pintar eksklusif.
No Comment