Tiga Cedera Lari Dari Polis
Tiga suspek, termasuk seorang wanita, cedera ketika kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori di arah bertentangan di Jalan Kuantan-Maran berhampiran Kampung Paya Bungor, ketika melarikan diri dari Kenderaan Peronda Bergerak Lebuhraya Polis / Expressway Mobile Patrol Vehicle (EMPV) Bukit Aman.
Menurut Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Polis Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, suspek berusia antara 21 dan 32 tahun itu cuba melarikan diri kerana Proton Satria berwarna hijau telah dilaporkan dicuri di Kuala Lumpur.
Kamarulzaman mengatakan kejadian itu bermula di plaza tol Sri Jaya di Maran ketika anggota EMPV melihat Satria melaju menuju Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur.
Pemandu kemudian membelokkan kereta melawan arus lalu lintas dan memasuki semula plaza tol sebelum menyusur keluar ke Jalan Kuantan-Maran menuju Kuantan.
EMPV mengejar kereta suspek sebelum ia terbabas dan merempuh sebuah lori dari lorong yang bertentangan, menyebabkan ia berpusing dan merempuh EMPV Mitsubishi ASX.
Suspek mengalami kecederaan di kepala setelah tercampak keluar dari kereta dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Sementara itu, anggota EMPV dan pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.
No Comment