Kia Seltos Dibuka Untuk Tempahan
Naza Kia Malaysia mengumumkan tempahan untuk Kia Seltos telah mula dibuka di bilik pameran Kia terpilih. Pelancaran model ini dijangka dibuat pada Oktober hadapan.
Seltos akan ditawarkan dalam dua varian iaitu EX dan GT Line. Kedua-duanya boleh didapati dalam warna Glacier White Pearl dan Gravity Grey. Warna Intense Red adalah eksklusif untuk varian EX manakala Intelligency Blue hanya ditawarkan untuk GT Line.
Naza Kia Malaysia masih belum mengumumkan spesifikasi crossover kompak ini namun apa yang kami tahu setakat ini, model itu akan didatangkan dengan enjin MPI 1.6-liter empat silinder dan transmisi automatik enam kelajuan.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti lampu utama LED, skrin infotainmen berukuran lapan inci, pengecas tanpa wayar, sistem pendingin hawa automatik, pencahayaan ambien dan paparan ‘head up’.
Berikut adalah senarai bilik pameran Kia di mana tempahan boleh dilakukan:
No Comment