Michelin Agilis 3 Dilancarkan Untuk Trak Komersial Ringan
Michelin telah melancarkan tayar terbaru Michelin Agilis 3 yang dibangunkan khas untuk trak komersial ringan. Ia disasarkan untuk pelanggan muatan konvensional yang terlibat dalam aktiviti pengangkutan orang dan barangan.
Berikut adalah ciri-ciri utama Agilis 3:
- Penangkis Batu – bentuk bar melintang pada alur tayar Michelin Agilis 3 dirumus untuk menghadkan pemerangkapan batu, sekali gus meminimumkan tempoh gendala dan kos operasi;
- Pelindung Dinding Tayar – diperbuat daripada kompaun sebatian getah kalis lelasan (abrasion), yang menawarkan perlindungan pada bahu dinding tayar dengan ketebalan 1.5mm lebih tinggi berbanding tayar generasi semasa, tanpa mengkompromikan fleksibiliti selongsongnya (casing);
- Sebatian Inovatif – ketumpatan material silika dan karbon hitam yang tinggi membekalkan cengkaman basah yang lebih baik, termasuk penjimatan bahan api dan prestasi perbatuan
- Bawah Getah Tayar (Under Tread) – memelihara suhu operasi yang rendah, lantas membantu menjimatkan kos bahan api
Dengan ciri-ciri tersebut, Agilis 3 menawarkan jarak pembrekan basah yang lebih pendek, prestasi perbatuan yang lebih tinggi, rintangan guling yang lebih tinggi, serta penggunaan bahan api yang lebih rendah berbanding kebanyakan pesaingnya.
Produk terbaru Michelin ini kini boleh didapati di menerusi wakil pengedar tayar trak ringan komersial Michelin yang bertauliah di seluruh negara.
Ia ditawarkan dalam semua saiz (termasuk empat saiz baharu) dari 14 hingga 16 bagi mencakupi seluruh segmen muatan ringan berkapasiti 1 hingga 3 tan dalam pasaran tayar trak ringan komersial di Malaysia.
No Comment