Berita Auto

Porsche Macan Premium Package Hadir Dengan 3 Ciri Baharu

Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah mengumumkan kehadiran Porsche Macan Premium Package yang dipertingkatkan. Ia ditawarkan pada harga bermula dari RM439,351, selepas pengecualian cukai jualan 50%.

Menurut SDAP, SUV kompak ini didatangkan dengan penambahan tiga ciri baharu yang bernilai lebih RM39,000. Ciri-ciri tersebut adalah Comfort Access, Park Assist With Surround View dan Porsche Active Suspension Management (PASM).

Ketiga-tiga ciri tersebut diberikan bersama dengan kelengkapan standard lain seperti Apple CarPlay, sistem audio BOSE, Power Steering Plus, tempat duduk boleh laras 14 cara dengan fungsi memori untuk pemandu dan penumpang hadapan, pakej pencahayaan dan cermin malap automatik.

Macan Premium Package dikuasakan oleh enjin turbo petrol 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 252 hp dan 370 Nm. Ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 225 km/j dengan bantuan kotak gear PDK tujuh kelajuan.

“Pengenalan Premium Package baharu yang dipertingkatkan untuk model terlaris kami, Macan, adalah cara yang baik untuk memperkenalkan jenama kepada lebih ramai orang, terutamanya dengan populariti Macan yang semakin meningkat dan juga segmen SUV kompak sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif SDAP.

Previous post

Model SUV Terkini MG Diberi Nama Cina

Next post

Kia Seltos Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *