Porsche Taycan Dilancarkan di Malaysia – RM725k Sahaja
Sime Darby Auto Performance (SDAP) memasuki era baharu elektromobiliti dengan pelancaran Porsche Taycan, yang merupakan kereta sport elektrik sepenuhnya pertama jenama itu.
Untuk pasaran Malaysia, Taycan ditawarkan dalam tiga varian iaitu Taycan 4S, Taycan Turbo dan Taycan Turbo S, masing-masing dengan harga bermula RM725,000, RM999,000 dan RM1,195,000.
Pelanggan Taycan akan menerima program penyelenggaraan percuma dan waranti selama empat tahun, dengan waranti selama lapan tahun untuk bateri. Pelanggan boleh memilih untuk melanjutkan waranti sehingga 15 tahun.
Berikut adalah spesifikasi mengikut setiap varian:
Taycan 4S
- Mempunyai 530 PS (dengan Overboost dan Launch Control)
- Boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.0 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j
- Jarak pemanduan 407 km
- Pelanggan boleh mendapatkan pakej Performance Battery Plus yang meningkatkan kuasa sehingga 571 PS dan jarak pemanduan 463 km
Taycan Turbo
- Mempunyai 680 PS (dengan Overboost dan Launch Control) dan 850 Nm
- Melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 3.2 saat, dengan kelajuan maksimum 260 km/j
- Jarak pemanduan 450 km
- Didatangkan standard dengan Porsche Electric Sport Sound
Taycan Turbo S
- Model flagship ini mempunyai 761 PS (dengan Overboost dan Launch Control) dan 1,050 Nm
- Memerlukan 2.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j, dengan kelajuan maksimum 260 km/j
- Jarak pemanduan 412 km
- Porsche Electric Sport Sound dan Sport Chrono Package disertakan secara standard
Untuk masa yang terhad, pelanggan yang membeli Taycan akan mendapat pengecas Porsche Mobile Charger Plus 22 kW dan Porsche Home Energy Manager.
Menurut SDAP, penghantaran Taycan akan bermula pada suku pertama 2021. Ketika itu, setiap bilik pameran Porsche Centre akan dilengkapi dengan pengecas DC 175 kW yang membolehkan pemilik mengecas kenderaan mereka dalam masa hanya 36 minit.
No Comment