Bisnes

Proton Catat Jualan 11,378 Unit Pada Ogos 2020

Proton telah mengumumkan prestasi jualan mereka untuk bulan Ogos 2020, di mana syarikat itu berjaya menjual 11,378 unit kenderaan. Jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 14% dari bulan Julai namun 24.7% lebih tinggi berbanding Ogos 2019.

Pegangan pasaran Proton untuk bulan ini dianggarkan berada pada 21.6% manakala angka sejak awal tahun sehingga kini dianggarkan sebanyak 21.7%.

Sementara itu, jumlah jualan keseluruhan yang dicatatkan oleh pengeluar kenderaan nasional itu setakat Ogos tahun ini adalah 61,672 unit, iaitu 46 unit lebih banyak jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Pencapaian ini dilihat amat bermakna buat Proton kerana jualan kenderaan mereka telah terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Mac, April dan Mei lalu.

Menurut Proton, tiga model mereka berjaya mendahului jenama lain dalam segmen masing-masing. Persona menduduki takhta sedan segmen B dengan jualan 2,411 unit, Exora mendahului SUV segmen C dengan 630 unit, manakala X70 kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia dengan 2,791 unit.

Previous post

Cyan Racing Hidupkan Semula Volvo P1800

Next post

Mercedes-Benz S-Class Model 2021 Dilancarkan Di Jerman

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *