Motosikal / Skuter / Roda

Vespa Sei Giorni II Masuk Pasaran Malaysia

Didi Resources Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, telah melancarkan Vespa Sei Giorni II baharu. Model edisi terhad itu dilancarkan pada acara Vespa Day yang diadakan di Lost World of Tambun, di mana kira-kira 200 pemilik Vespa berkumpul bagi menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63.

Sei Giorni, yang bermaksud ‘enam hari’ dalam bahasa Itali, merupakan model yang dibangunkan bagi menyambut kemenangan Vespa dalam perlumbaan Sei Giorni Internazionale yang diadakan di Varese, Itali pad 1951.

Edisi terbaru ini menonjolkan dirinya menerusi warna unik Grey Titanio dan ‘top fairing’ berwarna gangsa yang mengelilingi panel instrumen. Elemen ‘tali leher’ pada bahagian hadapan dihiasi dengan kemasan hitam matte manakala jeriji pada bahagian sisi pula dihiasi dengan kemasan honeycomb.

Penampilan bergaya model ini dilengkapkan lagi dengan kehadiran grafik nombor ‘6’ pada bahagian hadapan dan belakang, serta pelana tunggal dan lencana ‘Sei Giorni’ pada panel sisi.

Vespa ini dikuasakan oleh enjin 300 HPE (High Performance Engine) yang telah ditambahbaik dengan kuasa berjumlah 23.8 hp pada 8,250 rpm dan 26 Nm pada 5,250 rpm. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 12% dan 18% jika dibandingkan dengan enjin terdahulu.

Vespa Sei Giorni II dijual pada harga RM34,500 termasuk penghadang angin GTS dan set ‘top box’ 36 liter. Menurut pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Burgo, kumpulan pertama yang dijangka tiba pada bulan telah pun habis dijual. Bagaimanapun, tidak diketahui berapa banyak model ini yang akan dibawa masuk.

Previous post

UMW Toyota Teruskan Pemindahan Cawangan Kepada Pengedar

Next post

Toyota Dan Honda Bekerjasama Tetapi Bukan Pasal Kereta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *