Sukan

Vettel Akan Tinggalkan Ferrari Dan Berlumba Untuk Aston Martin

Kenyataan itu dibuat sebelum perlumbaan Tuscan Grand Prix di litar Mugello Itali.

Kenyataan itu tidak memberikan perincian tetapi mengatakan bahawa Vettel, juara dunia 4 kali F1, yang memenangi gelaran itu bersama Red Bull antara 2010-13 akan meninggalkan Ferrari selepas musim ini.

Sebastian Vettel, Jerman berusia 33 tahun itu akan berlumba untuk pasukan Aston Martin, nama baharu pasukan Racing Point dari Kanada, pada 2021, setelah bersetuju dengan kontrak berganda tahun, selepas tamat kontraknya dengan Ferrari hujung tahun ini.

Vettel menyertai Ferrari pada tahun 2015. 5 tahun ketandusan.

Dia akan mengambil alih tempat Sergio Perez dari Mexico, yang pemergiannya pada akhir musim 2020 diumumkan pada hari Rabu lalu.

Rakan sepasukan Vettel di Aston Martin nanti ialah Lance Stroll dari Kanada, anak kepada pemilik pasukan dan jutawan, Lawrence yang juga ketua eksekutif Aston Martin yang berpangkalan di Britain.

Sejak kedatangan Monegasque Charles Leclerc di Ferrari, Vettel menghadapi tekanan dengan pelumba muda itu, mengalahkannya dengan kemenangan, mata dan kedudukan, musim lalu.

Ferrari sedang bergelut tahun ini tetapi mengumumkan pada bulan Mei, bahkan sebelum musim bermula, Vettel akan meninggalkan Ferrari pada akhir tahun ini. Dia akan digantikan oleh Carlos Sainz dari McLaren.

Racing Point berada di kedudukan keempat keseluruhan selepas lapan perlumbaan, dengan Ferrari keenam.

Ferrari, sejak peninggalan, yang bermula dengan, Michael Schumacher (2006), Ross Brawn (2006) dan Jean Todtt (2009) adalah sebuah pasukan F1 yang hilang kudanya. Mereka masih bergelut dengan cubaan demi cubaan untuk kembali semula.

Kali terakhir Ferrari menang constructor ialah dengan Kimi Raikonen pada tahun 2008. Ferrari mengalami kemarau sudah 12 tahun (termasuk 2020).

Aston Martin akan mengunakan enjin yang dibekalkan Mercedes.

Previous post

Proton X50 Boleh Ditempah Mulai 16 September

Next post

Mercedes-Benz GLB Direka Untuk Kegunaan Keluarga

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *