Bisnes

Hap Seng Star Jalan P. Ramlee Dibuka Semula

Ketika Peniaga Benz Terbesar di Dunia Membuka Bilik Pameran.

Ya, Hap Seng Star adalah syarikat 100% milik Malaysia yang kebetulan menjadi peniaga Mercedes-Benz TERBESAR di dunia dengan bilik pameran di seluruh dunia, termasuk China dan Eropah.

Hap Seng Star Jalan P. Ramlee third floor

Ini adalah bilik pameran Mercedes-Benz yang di re-imagined dari Hap Seng Star di tengah-tengah Kuala Lumpur. Terletak di Jalan P.Ramlee betul-betul di persimpangan Shangri-La Hotel dan bangunan Life Center yang sangat sibuk, bilik pameran yang dibayangkan semula ini adalah menara ketiga kompleks tiga menara Hap Seng Group.

Hap Seng Star Jalan P. Ramlee car showroom

Bilik pameran Menara Hap Seng 3 Mercedes-Benz baharu ini dilancarkan untuk kali ke-3 sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2004. Bilik pameran kenderaan mewah ini sebenarnya terletak di tingkat tiga Menara Hap Seng 3 dan lengkap dengan ruang santai. Dengan konsep reka bentuk baharu, mereka menawarkan pelanggan pengalaman membeli kenderaan yang tinggi di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Hap Seng Star Jalan P. Ramlee MD

Di ruang bawah tanah terdapat ruang serahan kepada pemilik baharu Mercedes-Benz dengan langsir tebal yang memisahkan kenderaan baharu untuk diserahkan kepada pelanggan. Suasana yang disediakan adalah untuk memberi pelanggan baharu pengalaman atas-atasan (orang kaya-raya) yang datang dengan pemilikan Benz yang baharu. Terdapat ruang yang cukup untuk keluarga bersama-sama dengan pemilik baharu menikmati penyerahan kenderaan dengan cukup tenang bagi penasihat jualan mengambil masa menjelaskan ciri-ciri serta teknologi yang terdapat pada kabin setiap Mercedes-Benz baharu .

Mercedes Benz Malaysia MD

Untuk melengkapi pengalaman terbaik ini, tingkat bawah menyediakan sebuah kedai barangan Mercedes-Benz lengkap dengan semua jenis barang dagangan seperti jam tangan, beg bagasi, t-shirt, model kereta dan banyak lagi dari jenama bintang tiga untuk anda menyenangkan lagi membelanjakan wang anda.

Pengalaman membeli-belah kereta mewah baharu ini adalah sebahagian daripada id syarikat (CI) Mercedes-Benz Retail Model Presence baru-baru ini dan ini adalah bilik pameran ketiga yang dibina mengikut spesifikasi tersebut setelah bilik pameran Cycle & Carriage Bintang (CCB) yang diubah suai berjuta-juta ringgit di Mutiara Damansara dan juga Alor Setar, Kedah.

Hap Seng Star (HSS) pada bulan November 2018 melancarkan Autohaus ke-11, Mercedes-Benz Hap Seng Star Setia Alam Autohaus dan menjadi salah satu daripada 35 pengedar sah dari sembilan kumpulan peniaga.

Hap Seng Star Jalan P. Ramlee new car delivery

KENYATAAN MEDIA:

Carefree travel with Mercedes-Benz Genuine Accessories. Providing a lifestyle experience of tomorrow, the Hap Seng Star Kuala Lumpur Autohaus is managed by 20 personnel, seated on a 29,300 sq. ft land and handles everything related to vehicle sales. The lifestyle experience includes Malaysia’s first Mercedes-Benz Luxury accessories and collection boutique, catering to a wide range of customers with a variety of collectables and products. The boutique offers a range of accessories, including business and casual wear, trendy sunglasses, elegant watches and many such products. Customers can now choose the right outfit to suit every occasion as well as the matching Mercedes-Benz accessories like belts, wallets, and cufflinks.

Hap Seng Star and MBM management at Jalan P. Ramlee

For Further Information, contact Hap Seng Star Sdn Bhd (Kuala Lumpur). GF-01, Menara Hap Seng 3, Plaza Hap Seng, No. 1, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. 50250 Kuala Lumpur.

Tel: +603 2116 9228. 

Previous post

Lotus Akan Membangunkan Platform EV Baharu Dengan Sokongan Kerajaan UK

Next post

Lexus UX300e Elektrik Dilancarkan Di Pasaran Eropah Terpilih

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *