Motosikal / Skuter / Roda

Honda BeAT 2020 Dilancarkan Pada Harga RM5,555

Boon Siew Honda baru-baru ini melancarkan Honda BeAT versi 2020 yang tampil dengan pelbagai penambahbaikan. Ia dijual pada harga RM5,555 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran) dan didatangkan dengan waranti selama dua tahun atau perbatuan 20,000 km.

BeAT dikuasakan oleh enjin eSP (enhanced Smart Power) baharu yang dilengkapi dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI. Ia menghasilkan 8.7 hp pada 7,500 rpm dan 9.5 Nm pada 5,500 rpm.

Enjin ini mematuhi piawaian Euro 4 dan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan tahap penggunaan bahan api yang dipertingkatkan iaitu 59.1 km/liter berdasarkan mod ujian WMTC.

Keselesaan menunggang turut dipertingkatkan menerusi rangka eSAF (enhanced Smart Architecture Frame) yang dikatakan lebih lincah, stabil dan selesa untuk dikawal.

Penggunaan eSAF turut menyumbang kepada penggunaan ruang yang lebih baik. Hasilnya, kapasiti tangki minyak bertambah dari 4.0 liter kepada 4.2 liter manakala ruang penyimpanan U-Box di bawah tempat duduk juga lebih besar dari 11.2 liter sebelum ini kepada 11.7 liter. Bukan itu sahaja, berat keseluruhan BeAT turut berkurang sebanyak 4 kg kepada 90 kg.

Skuter ini boleh didapati dalam empat warna iaitu Vivacity Red, Force Silver Metallic, Pearl Nightfall Blue dan Space Magenta Metallic. Ia menampilkan lampu LED, speedometer, cermin sisi, rim dan pembuka tempat duduk baharu. Pencahayaan pada bahagian belakang turut diberi sentuhan segar dengan rekaan lampu dan lampu isyarat membelok baharu.

Dari segi keselamatan, BeAT mengekalkan sistem brek kombi (CBS) yang membolehkan jarak membrek yangl lebih pendek. Ia juga didatangkan kunci brek parkir yang memastikan brek dikunci semasa enjin dihidupkan serta suis tongkat sisi yang akan mematikan enjin secara automatik apabila tongkat diturunkan.

Previous post

Wang Geely Dibelanjakan Dengan Baik Untuk Penambahbaikan HQ Lotus

Next post

Mitsubishi Eclipse Cross Facelift Tampil Lebih Kemas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *