Honda City Generasi ke-5 Dilancarkan – Dari RM77k
Honda Malaysia hari ini melancarkan Honda City baharu generasi kelima. Ia ditawarkan dalam empat varian iaitu S, E, V dan RS e:HEV.
Seperti yang anda sedia maklum, varian RS e:HEV dijana oleh sistem intelligent Multi Mode Drive (i-MMD) yang menggabungkan enjin 1.5-liter dan sepasang motor elektrik. Gabungan ini menghasilkan 108 PS dan 253 Nm.
Varian ini mempunyai transmisi e-CVT dan tiga mod pemanduan iaitu EV, Hibrid dan Enjin. Ia juga mempunyai ciri (Deceleration Selector Paddles) yang membolehkan pemandu menggunakan pedal untuk janaan semula kuasa dan memperlahankan kenderaan tanpa perlu menekan pedal brek.
Sementara itu, varian S, E dan V pula dikuasakan oleh enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC baharu yang mempunyai 121 PS dan 145 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan CVT.
Sebagai varian teratas, varian RS didatangkan dengan pelbagai kelengkapan tambahan seperti kit badan RS, lampu utama LED, rim 16 inci, paparan meter interaktif tujuh inci, pedal sport, dan material Ultrasuede dengan jahitan merah.
Sementara itu, varian V hadir tempat duduk kulit dengan kemasan putih. Sistem infotainmen pula terdiri daripada skrin audio berukuran lapan inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto untuk varian E, V dan RS.
Varian RS juga mempunyai Honda Sensing dengan ciri-ciri berikut:
- Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
- Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
- Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
- Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
- Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
- Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)
Turut disertakan adalah Honda LaneWatch (V dan RS) brek parkir elektrik (RS) serta penghidup enjin kawalan jauh (E, V dan RS).
City boleh didapati dalam lima warna iaitu Merah Mutiara (Passion Red Pearl), Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic) dan warna baharu, Putih Mutiara (Platinum White Pearl).
Harga bermula dari RM76,800 untuk varian S, RM84,800 untuk E dan RM89,800 untuk V. Harga varian RS akan diumumkan kemudian.
No Comment