Hyundai Sonata 2020 Boleh Mula Ditempah
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa Hyundai Sonata generasi kelapan kini dibuka untuk tempahan dengan yuran hanya RM888. Ia akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini.
Untuk pasaran Malaysia, sedan segmen D itu didatangkan dengan enjin petrol Smartstream G2.5 MPi dan transmisi automatik enam kelajuan dengan ciri Shift-by-Wire yang ditugaskan untuk memacu roda hadapan.
Enjin NA itu menjana 180 PS pada 6,000 rpm dan 232 Nm pada 4,000 rpm. Karakter pemanduan boleh ditetapkan menerusi empat mod pemanduan yang disediakan iaitu Eco, Smart, Sport dan Comfort.
Antara kelengkapan standard yang diberikan termasuk lampu nyalaan siang, rim aloi 18 inci, paparan audio berukuran 8 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, kluster instrumen digital Full TFT LCD 12.3 inci, paparan ‘head up’, fungsi memori tempat duduk dengan dua profil pemandu, pengecas tanpa wayar dan sistem Smart Trunk.
Selain itu, ciri keselamatan pula terdiri daripada sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) dan beg udara.
No Comment