Anggaran Harga Mitsubishi Xpander Sekitar RM98,000
Apa yang sebenarnya anda perlukan dengan harga ini?
Ini keluraga Cik Salmah.
Dia memerlukan kenderaan keluarga baru. Proton Exora mereka lapuk dan dengan dua anak yang sedang membesar, mereka memerlukan kenderaan dengan ruang untuk 5 orang kerana seorang mertua tinggal bersama mereka dan ada keperluan untuk keluar makan malam atau ke pasar raya dengan kerap dan tempat duduk yang selesa untuk semua akan dihargai.
Jenis keluarga yang semua sekali kena keluar kalau satu keluar.
Pembelian baharu harus didorong secara efisien dengan ciri keselamatan yang baik disertakan. Sistem audio tidak perlu berteknologi tinggi, hanya sistem bunyi yang baik, dan sambungan untuk penggunaan telefon pintar diperlukan.
Anak berusia 9 dan 14 tahun dan mereka ingin cuti-cuti Malaysia lebih kerap untuk beberapa tahun akan datang kerana perjalanan ke luar negara tidak akan berlaku. Ini bermakna kereta baharu mereka mesti mempunyai ruang bagasi yang cukup untuk perjalanan 4 – 6 hari, boleh diharap, tempat duduk yang selesa di belakang, sekurang-kurangnya 4 beg udara, pusat servis yang sah di seluruh negara sekiranya terdapat masalah yang tidak diingini dan senang dikendalikan oleh si ibu dan ayah.
Dengan nilai trade-in Exora generasi pertama mereka antara RM15,000 hingga RM18,000, kenderaan keluarga yang sudah habis dibayar ini telah berjaya mengangkut keluarga ini ke seluruh negara. Tanpa pinjaman lagi, harga jualan akan menjadi wang pendahuluan untuk pembelian baharu mereka kerana mereka tidak mahu mengeluarkan wang dari simpanan mereka untuk kereta baharu mereka.
Ini bermakna anggaran mereka untuk sebuah kereta baharu adalah antara RM85,000 hingga RM105,000. Jadi apa pilihan yang ada?
Ada Nissan Almera baharu yang dilancarkan pada awal September tahun ini dengan harga sekitar RM80,000, atau Honda City yang baru dilancarkan pada harga RM89,000, atau Proton X50 yang akan dilancarkan dengan anggaran RM85,000 dan tidak lama lagi akan ada Mitsubishi Xpander dengan harga anggaran RM98,000.
Harga Xpander yang disebutkan di atas adalah anggaran harga yang dikongsi bersama kami oleh juru jual bilik pameran Mitsubishi ketika kami mengunjungi bilik pameran itu untuk bertanya mengenai tarikh pelancarannya dan spesifikasi.
Keperluan automotif keluarga kelas menengah di Malaysia ini adalah keperluan yang sangat biasa sama seperti ramai keluarga lain di negara kita dan dengan banyak kenderaan baharu yang menarik masuk ke Malaysia pada suku terakhir tahun 2020, satu objektif yang serupa untuk semua adalah masa penghantaran kenalah sebelum tarikh potongan cukai jualan semasa tamat pada 31 Disember 2020. Ini akan menjadi sukar bagi sebilangan jenama automotif ini untuk melaksanakan semua pesanan mereka kerana respon untuk Honda City dan Proton X50 yang baharu melebihi anggaran.
Keputusan Cik Salmah lebih berpihak kepada Xpander kerana ruang kabinnya yang lebih baik, penilaian kebolehpercayaan yang tinggi dari pengalaman masa lampau dan ciri kabin yang baik yang telah dikongsi dengan kami.
Cik Salmah tidak memerlukan sistem infotainment yang terlalu canggih. Dia ok dengan menggunakan sistem navigasi telefon pintarnya. Sistem enjin dan kotak gear yang simple dan sudah lama dicuba dan diuji memastikan permotoran bebas masalah untuk bertahun-tahun yang akan datang. Mitsubishi mempunyai rekod yang baik dengan khidmat lepas-jualan berserta ketersediaan alat ganti. Terdapat peniaga di setiap negeri di seluruh negara.
Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam beberapa minggu akan datang ini.
No Comment