Nissan Almera Turbo Ada 10 Aksesori Yang Patut Anda Dapatkan
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memperkenalkan rangkaian aksesori untuk Nissan Almera Turbo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Walaupun aksesori ini bukan dari Impul atau Nismo, ia sudah cukup untuk pelanggan yang ingin meningkatkan penampilan kereta mereka.
Untuk memudahkan pelanggan memilih, aksesori-aksesori tersebut dibahagikan kepada empat pakej iaitu Pakej Gayaan Dalaman (RM400), Pakej Gayaan Luaran (dari RM350), Pakej Perlindungan (RM1,950) dan Pakej Perlindungan Tambahan (RM2,750). Sila rujuk jadual berikut:
Sebagai alternatif, aksesori ini juga dijual secara berasingan namun harus diingatkan bahawa anda boleh menikmati diskaun sehingga 31% jika membelinya di dalam pakej yang disediakan.
Berikut adalah senarai aksesori yang ditawarkan berserta harga masing-masing:
Lebih penting lagi, setiap aksesori ddiatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau sehingga perbatuan 100,000 km (mana-mana tiba terlebih dahulu). Kosnya boleh disertakan sekali ke dalam pinjaman sewa beli.
Orang ramai juga dijemput merasai sendiri pengalaman memandu Almera
Turbo di beberapa bilik pameran Nissan terpilih dan berpeluang memenangi 15 iPhone SE (128GB) bernilai RM2,199 setiap satu.
No Comment