Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid Hadir Dengan 700 PS
Pada Ogos lalu, Porsche mengumumkan kemaskini kepada reka bentuk, enjin dan kelengkapan untuk barisan Panamera. Kini, syarikat itu memperkenalkan model yang akan mengetuai barisan Panamera iaitu Turbo S E-Hybrid.
Menurut Porsche, Panamera Turbo S E-Hybrid merupakan model Panamera yang paling berkuasa setakat ini dan kereta Porsche kedua paling berkuasa dalam pasaran.
Ia menggabungkan enjin 4.0-liter twin-turbo V8 (571 PS) dan sebuah motor elektrik (136 PS) bagi mendapatkan kuasa keseluruhan berjumlah 700 PS dan 870 Nm. Dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan, sedan berprestasi tingi ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.2 saat, 0.2 saat lebih pantas berbanding model terdahulu.
Model ini bukan sahaja mempunyai enjin yang lebih berkuasa, malah kapasiti motor elektriknya juga ditingkatkan sebanyak 27% dari 14.1 kWj sebelum ini kepada 17.9 kWj. Ini memberikannya jarak pemanduan elektrik sejauh 50 km.
Panamera Turbo S E-Hybrid boleh dicas di rumah menerusi outlet domestik atau soket kuasa. Ia juga sesuai digunakan dengan Porsche Mobile Charger yang berkapasiti 7.2 kW. Untuk pengecasan di tempat awam, pelanggan boleh menggunakan kabel Mode 3 yang disediakan.
Dari segi casis, model ini didatangkan standard dengan Porsche Dynamic Chassis Control Sport (PDCC Sport), Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus) serta kawalan stereng gandar belakang dengan Power Steering Plus. Sistem brek Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB) memastikan ia mampu berhenti dalam jarak yang lebih singkat.
Rekaan Panamera Turbo S E-Hybrid diperbaharui menerusi modul lampu hadapan berbentuk C dan lubang ambilan udara sisi yang lebih besar. Sebagai alternatif, ia juga boleh didapati dengan lampu belakang Exclusive Design, tiga pilihan rim baharu berukuran 20 dan 21 inci serta dua warna baharu iaitu Cherry Metallic dan Truffle Brown Metallic. Model ini boleh didapati dalam tiga versi iaitu sedan, Executive dan Sport Turismo.
No Comment