Sukan

Taj Aiman Naib Juara Piala GR Supra GT Asia

Peserta dari Malaysia, Taj Izrin Aiman Taj Madira mengharumkan nama negara apabila berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan dalam pertandingan sukan elektronik serantau Piala GR Supra GT Asia 2020.

Taj Aiman membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $3,000. Sementara itu, Muhammad Iqbal Ahmad Suji menduduki posisi keempat keseluruhan. manakala Meor Hafiz pula berjaya menamatkan saingan di tangga ke-12.

Dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pasifik (TMAP), Piala GR Supra GT Asia mempertemukan 15 pelumba maya terbaik dari Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina dan India.

Peserta Singapura, AR Muhammad Aleef dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang hadiah utama US$6,000, manakala pelumba dari Thailand, Nathayos Sirigaya di tempat ketiga dengan hadiah US$1,500.

“Tahun ini sangat menakjubkan buat saya kerana muncul juara dalam Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports, kemudian diberi pula penghormatan untuk mewakili Malaysia dan menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua dalam Piala GR Supra GT Asia 2020. Semua ini satu pengalaman yang mahal,” jelas Taj Aiman.

“Menduduki tempat kedua dengan perbezaan hanya tiga mata adalah sukar diterima, tetapi dalam perlumbaan saya perlu akur,” tambahnya.

Dalam keadaan tahun ini yang sangat mencabar kerana berhadapan dengan pandemik Covid-19, perlumbaan maya telah berkembang dengan sangat pesat, membolehkan Toyota meneruskan kempen tersebut baik di peringkat tempatan mahupun global.

Di Malaysia, UMW Toyota Motor terus menjadi yang pertama, dan kekal sebagai satu-satunya jenama kenderaan yang dikaitkan dengan aktiviti aktiviti e-perlumbaan yang semakin berkembang melalui penganjuran Kejuaraan Toyota GR Velocity sejak tiga tahun lalu.

Previous post

Produksi Mitsubishi Xpander Di Pekan Kini Bermula

Next post

Yamaha MT-09 2021 Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *