TC Subaru Lancar Program Perlindungan Subaru Auto
TC Subaru Sdn Bhd hari ini melancarkan Program Perlindungan Subaru Auto (SAPP) yang menawarkan ketenangan minda kepada pemilik kenderaan Subaru yang tempoh jaminannya hampir tamat.
Program ini mempunyai dua pakej iaitu Silver (Perak) dan Gold (Emas). Berharga RM1,300, pakej Silver membolehkan pelanggan membuat tuntutan sehingga RM5,000 bagi setiap transaksi atau maksimum sehingga RM10,000 setahun. Ia melindungi sistem-sistem berikut:
- Sistem pendingin hawa (termasuk pemampat, kondensor, penyejat dan motor ‘blower’)
- Sistem brek (termasuk ‘master pump’, ‘ABS actuator’, modul, dan ‘booster’)
- Sistem elektrikal (termasuk motor penghidup, ‘alternator’, motor pengelap cermin, motor kipas, gelung penyalaan, motor tingkap berkuasa, hon, modul kawalan enjin, modul transmisi automatik dan modul beg udara)
- Sistem bahan api (termasuk pam bahan api dan ‘regulator’)
Sementara itu, pelanggan yang mendapatkan pakej Gold yang berharga RM1,600 pula boleh membuat tuntutan bernilai sehingga RM10,000 bagi setiap transaksi atau maksimum sehingga RM20,000 setiap tahun.
Di samping sistem-sistem yang termasuk dalam pakej Silver, pakej ini juga menawarkan perlindungan terhadap komponen-komponen berikut:
- Komponen enjin (termasuk kepala silinder, cam dan ‘value mechanism’, ‘timing gear and chain’, pam air, sistem pelinciran, pam minyak, omboh, aci engkol, ‘cylinder bores’, ‘intake and exhaust manifold’, ‘flywheel’, ‘throttle valve’ dan ‘airflow meter’).
- Komponen transmisi – auto, CVT atau manual (termasuk ‘torque converter’, ‘internal shafts’, gear, ‘synchromesh devices’, ‘shafts’, ‘bearings’, ‘planetary system’, ‘brake bands’, ‘oil pump’, ‘transfer gear’, klac, ‘variable pulley’ dan ‘control valve body’).
- Komponen gandar dan ‘differential’ (termasuk ‘crown gear’. ‘pinion’, ‘support bearings’, ‘planetary gears’ dan ‘half shaft’).
Menurut TC Subaru, kenderaan mesti didaftarkan tidak lebih enam tahun atau mempuyai perbautan kurang daripada 100,000 km untuk layak dilindungi oleh pakej Gold.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang ingin mendapatkan mana-mana pakej SAPP perlu memastikan kenderaan mereka melepasi pemeriksaan 140 poin dan mengekalkan penyelenggaraan lengkap dengan mana-mana pusat servis Subaru yang bertauliah. Sebarang kerosakan yang dikesan semasa pemeriksaan tersebut perlu diperbaiki oleh pusat servis bertauliah sebelum diterima masuk ke program ini.
Pelanggan yang membeli pakej SAPP juga akan mendapat perlindungan Subaru Breakdown Assist selama setahun, diskaun 10% untuk badan dan cat, alat ganti dan buruh di pusat servis Subaru, diskaun 10% untuk barangan rasmi Subaru, diskaun 10% untuk servis ‘in-house grooming’ di pusat terpilih, diskaun 10% untuk alat ganti yang tidak dilindungi oleh SAPP dan khidmat perundingan teknikal dan diagnostik percuma.
No Comment