Bisnes

Anamika Talwar Dilantik Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia

Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) telah mengumumkan pelantikan Anamika Talwar sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 1 November. Beliau mengambil alih tugas berkenaan daripada Mike Ponnaz yang telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Mercedes-Benz Financial Services di Hong Kong.

Merupakan pemegang ijazah kejuruteraan dari Indian Institute of Technology, Bombay dan MBA dari Carnegie Mellon University, Anamika mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam pembinaan perniagaan baharu dan pengurusan operasi negara.

Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Mercedes-Benz Financial Services Singapore, di mana beliau dianugerahkan sebagai “Digital Leader of the Year” oleh Women in IT Awards Asia pada 2019.

Sebelum itu, Anamika menyandang jawatan sebagai Ketua Perancangan, Insurans dan Pembangunan Perniagaan untuk rantau Amerika, dan Ketua Jualan dan Pemasaran dan Transformasi Digital bagi rantau Afrika dan Asia Pasifik.

Previous post

JPJ Kumpul Lebih RM7.2 Juta Hasil Bidaan Nombor Plat PPP

Next post

Proton Lancar Laman Web Kereta Terpakai (PCPO)

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *