Berita Auto

Aplikasi Mudah Alih HondaTouch Dilancarkan Dengan 10 Ciri Menarik

Honda Malaysia telah melancarkan aplikasi mudah alih HondaTouch yang direka sebagai platform komunikasi antara pihak pengedar, pelanggan dan syarikat itu sendiri.

Disediakan untuk telefon pintar iPhone dan Android, aplikasi tersebut didatangkan dengan 10 ciri menarik yang memberikan kemudahan kepada pelanggan Honda. Ciri-ciri tersebut adalah:

  • Tempahan Janji Temu Servis (Service Appointment Booking)
  • Peringatan Janji Temu Servis (Service Appointment Reminder)
  • Penjejakan Status Servis Masa Nyata (Real-Time Service Status Tracking)
  • Sejarah Servis (Service History)
  • Cari Pengedar Terdekat (Find Your Nearest Dealer
  • Bantuan Kecemasan (Emergency Assistance)
  • Peringatan Pembaharuan Insurans (Insurance Renewal Reminder)
  • Promosi, Acara dan Kemas Kini (Promotions, Events and Updates)
  • Pra-Tempahan Kereta Baharu (New Car Pre-Booking)
  • Hubungi Kami (Contact Us)

Apa yang menarik, aplikasi ini tidak eksklusif untuk pemilik kereta Honda sahaja. Mereka yang tidak memiliki kereta Honda juga boleh menggunakannya untuk mengikuti berita dan promosi terkini dari Honda Malaysia.

“Dengan aplikasi HondaTouch yang baru, pelanggan kini boleh terus berhubung dengan Honda Malaysia melalui kesemua sepuluh ciri yang berbeza di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa, siang atau malam. Inilah kebebasan dan kemudahan pemilikan kereta yang ingin kami tawarkan kepada pelanggan kami yang berharga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Previous post

Toyota Yaris Facelift Kini Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Changan UNI-K Diperkenalkan - Porsche Cayenne Coupe Ciplak?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *