Motosikal / Skuter / Roda

Ducati XDiavel 2021 Dapat Versi ‘Dark’ Dan ‘Black Star’

Rangkaian model Ducati XDiavel telah dikemaskini untuk tahun 2021 dengan penambahan dua versi baharu yang dikenali sebagai Dark dan Black Star. Bukan itu sahaja, enjin Testastretta DVT 1262 kini juga patuh piawaian Euro 5 menerusi beberapa modifikasi yang telah dilakukan.

XDiavel Dark

Sesuai dengan namanya, XDiavel Dark menampilkan tema serba hitam yang turut dikenakan pada komponen mekanikalnya, termasuk rangka Carbon Black, rim hitam matte, plat sisi hitam anodized dan pelindung radiator.

Pada versi ini, perehat belakang dan tempat duduk belakang dikeluarkan namun pelanggan masih boleh mendapatkan kedua-dua barangan ini menerusi katalog aksesori Ducati Performance.

XDiavel Black Star

Sementara itu, XDiavel Black Star diinspirasikan oleh kereta sport dengan liveri kelabu dan hitam matte, serta perincian berwarna merah pada tangki. Ia turut dilengkapi dengan plat sisi dengan efek pemesinan, kemasan hitam berkilat pada enjin dengan pelindung tali sawat hitam matte dan cermin sisi aluminium. Ia juga dilengkapi dengan rim aloi hitam berkilat yang menawarkan pengurangan berat melebihi 2 kg.

Untuk enjin pula, susun atur penyenyap ekzos dan kalibrasi yang dikemaskini bukan sahaja menjadikannya patuh piawaian Euro 5, malah memberikannya tambahan kuasa sebanyak 8 hp dan 2 Nm, menjadikan kuasa keseluruhan 160 hp pada 9,500 rpm dan 127 Nm pada 5,000 rpm.

Previous post

Kenderaan Elektrik Kini Mempunyai Satu Juta Pusat Pengecasan Di Seluruh Dunia

Next post

Ducati Scrambler Nightshift Sertai Barisan 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *